Kasut .. kasuit…

Aku suka dengar sepupu aku bercakap, sebab dia ni ada loghat kampung dia… kampung Padang Melangit kat balik2 utara.. negeri mana? .emm.. teka??? Mana taknyer, kalau dia cakap mesti, sebutan tu bunyi lembuit(macam orang lembut lidah! memang betul lidah tak bertulang).

Perkataan yang ada huruf u dihujung mesti akan ditambah dengan huruf i. Contohnya macam…
Mai la makan puluit…. eh tali kasuit dah putuih… jangan la main seluit, berlemuih! Siap bernada. Memang laju aku berborak dengan dia, suruh di cite byk2. Memang kelakar!

Cakap pasal kasuit, yang sebenarnya, aku minat dengan kasut… suka sangat… cantik dan seksi! Tapi aku bukan pengumpul kasut… jarang2 beli.. boleh kira kasut yang aku ada dengan jari je.. tak banyak! Tak beli tengok2 dan puaskan nafsu mata… dah cukup! Satu lagi terapi untuk aku… kalau asyik membelipun, tak guna juga… cukup bulan, pening kepala nak bayaq hutang…

Aku suka kasut jenis wedges, peep toes dan high heels tapi takde la tinggi sangat, 3 hingga 4 inci je.. jenis stillitoes, pun suka juga, lebih menampakkan ciri kewanitaan! Tapi rasa berdebar sikit kalau pakai… takut nanti.. apoccuttt! Aku tak suka jenis yang bertali halus dan seksi, tak kira le low heels atau high heels… rasa rimas… rosak kulit, nanti nampak berbelang dan kulit cepat kering!

Kalau pakai high heels ni, bahaya sikit.. nak2 yang terlebih high, silap haribulan kalau jatuh boleh patah tulang belakang. Jadi berhati2 la pada yang suka pakai high heels ni!

Aku ada beberapa tips untuk menjaga keselamatan ketika berhigh heels,(yg melebihi 4 inci)

  1. Berlatih berjalan memakai high heels dulu, jalan dikawasan rumah dulu kalau dah cekap baru boleh pergi shopping pakai high heels! Sapa yang larat nak pakai pi shopping!
  2. Jangan memakai high heels ketika memandu, sedia kan kasut yang selesa untuk memandu.
  3. Jangan memakai setiap hari, bahaya untuk kesihatan otot kaki.
  4. Mesti berjalan dengan posture badan yang betul, untuk mengimbangi badan supaya tidak terjatuh! Badan juga akan kelihatan lebih feminin dan seksi.
  5. Keringkan kasut yang lembap akibat peluh.. takut dijangkiti kulat pada kaki.
  6. Sentiasa berhati2 ketika berjalan, terutama pada hari hujan.

Sanggup tak korang pakai high heels macam ni? Bapakk la… terseksa kaki tu… kalaulah kaki boleh menjerit dah lama kaki tu maki kat tuan punya kaki tu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: