Kasih sayang di bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan ni, umah aku memang meriah.. meriah ngan kasih sayang… semua ahli keluarga nak tunjukkan kasih sayang…

Kasih sayang yang dapat mengenyangkan perut…

Emak .. memang tak dapat nak dinafikan… seumur hidup aku memang membesar ngan kasih sayang dan air tangan nyer… tapi yang gempaq tu.. ayah aku… memang dia tak pernah buat kerja-kerja dapur… basuh sebijk cawan pun aku tak pernah nampak… itu lah ego seorang pemimpin… (takkan nak kata pemalas pulak… kena jugak respek kat ayah aku)
Tapiiiiiii…
Semalam… ayah telah menundukkan keegoan nyer sebagai seorang pemimpin…. dengan berbaju singlet dan berkain pelikat(pakaian rasmi seorang pemimpin)… menuju kedapur dan terus mencari bahan-bahan yang diperlukan tanpa menghirau sebarang pertanyaan…(pemimpin ego biasa la, jangan banyak soal nanti kena pancung)…

Ghupa-ghupa nyer ayah nak bikin buah melaka…. mulalah ayah membuat nyer…. waktu ni jangan ada sesiapa yang gatal-gatal nak tolong… nanti ada yang kena sembur…. kerana ayah jenis yang tak suka menerima bantuan dari orang lain ketika dier sedang membuat sesuatu benda.

Jadi semalam kami sekeluarga dapat merasai hasil dari kasih sayang seorang pemimpin… buah melaka bersaiz 2 kali ganda dari yang dibeli kat pasar ramadhan aka PARAM… Sekali makan memang penuh mulut, jenuh nak mengunyah sampai kembang muka…

Masing-masing makan ngan muka yang kembang.. nak komplain takut kena marah… ye lah first time dier masak.. nak mamposs..
Tapi sebagai seorang pemimpin… dier dapat membaca reaksi muka kembang setiap orang…
“Emmm… ada sebab kenapa buah melaka ni besar macam bola golf… untuk kebaikan semua orang… pertama, keja tukang masak cepat siap… tak la sampai mengantuk time duk mengelintir… Yang kedua, supaya cepat mengenyangkan perut orang yang makan… kena 5 bijik dah kenyang giler… “
Memang seorang pemimpin yang bijak… memikir kebaikan akan semua orang..
Aku pun apa kurang nyer.. mahu jugak menunjukkan kasih sayang… walaupun simple tapi penuh berkhasiat…. (sebenar nyer malas jugak)… heee… aku buat salad jer… basuh, potong dan letak salad dressing… beres…

Semalam bangun sahur tapi malas nak makan nasik…apa mau buat.. hari-hari makan roti lol! Lepas tu susah nak tidur… beribadat sampai kesubuh… (boleh caya ke)… tengah hari nanti ada yang tidur dalam surau… eh silap beribadat lagi…

Nota
Untuk menjaga air muka seorang pemimpin… photo buah melaka tidak dimuatkan…
Sebagai rujukan “Peranan sayur-sayuran dan buah-buahan”
( 0 0 )

6 Responses to “Kasih sayang di bulan Ramadhan”

  1. fuuhhh..respek betul la kat pemimpin tu.
    ini la baru dikatakan pemimpin turun padang..eh..dapur..

    tanak rekues suh pemimpin masak nasi beriani lak ker..ekekeke

  2. hihihihi… tergelak baca n3 nihh… tapi kira ok la kann, mau jugak pemimpim dok gelintir buah melaka… bukan senang…

  3. singlet n kain pelikat?? keke ngalahkan mamak nasi kandaq!!

  4. ungku nor
    hahaha.. reques pemimpin masak nasik beriani.. ha alamat nyer makan bubur beriani la..

    pearlej
    tu la pasal.. beruntung sungguh sampai kembang muka..

    mohd kamal
    seksi tau… dengan perut separa bulat…

  5. huwee…

    bestnye dpt menyaksikan pemimpin kesayangan turun dapor…

    sekali die berkhidmat confirm akan menjadi kenangan smpi bile2..

    buah melaka sebesar biji golf?
    tgh bygkan..
    gulp😀

  6. ezo
    emm.. memang best.. nak tergelak jugak tengok gelagat pemimpin kat dapur… nak tolong takut kena marah… nanti dikatakan nak memandai… memang tak dpt dibygkan.. buah melaka sebesar bola golf… hanya pemimpin yg mampu melakukan nyer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: