Nak cari kasut

Baju raya dah siap.. tapi kasut nyer belum dibeli lagi… kira-kira bajet, tak de yang sangkut. Memang leceh betul, bila beli time macam ni… semua tempat penuh berasak-asak ngan orang ramai… sana sini ada sale… sakit jiwa betul…

Nak pilih pun satu hal… sekejap nak yang tu, sekejap nak yang ni.. otak dah tak dapat berfungsi dengan baik bila mata di jamu beraneka jenis kasut(macam biskut raya pulak)… nafsu mula bermaharajalela… silap hari bulan… memulanya bajet 50 inggit sahaja, akhir nyer berkeping-keping jugak yang terbang.. ..

Amaran keras..
Untuk keselamatan diharamkan membawak kad kredit ketika ni… Banyak godaan yang dapat menaikkan nafsu sopping..

Aku berkenan kat satu kasut ni.. mana nak cari ekk?

Photo dari Abang Gogel

Untuk rujukan bersama

Panduan Memilih Kasut

  • Pilih kasut selesa bukan untuk bergaya atau cantik semata-mata. Kesilapan memilih kasut merosakkan mood dan gaya si pemakai.

  • Tentukan saiz anda. Jika anda menggunakan saiz 10, jangan sesekali menggunakan saiz lebih kecil atau besar kerana ia memberi kesan kepada kaki. Saiz kecil membuatkan kulit sakit dan kesan lain kepada tubuh dalam tempoh jangka panjang.
  • Pilih bentuk kasut sesuai dengan bentuk kaki. Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus dewasa di Malaysia menderita akibat sakit kaki.

    Sesetengah menderita masalah kaki serius seperti sindrom kaki diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.

  • Jika anda mempunyai kaki pengkar atau kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain. Dapatkan nasihat pakar kasut sebelum memilih kasut.
  • Sumber dari Harian Metro

    9 Responses to “Nak cari kasut”

    1. woa kalo de kasot mcm nie besh woooo!!!

    2. malas nk beli kasut.. jarang pakai pun. sedap pakai sandal. kasut pakai 2-3 kali akhir nye dok dlm bonet kreta..

      wahhh.. canggih gak kasut tu. mesti laju kan. pakai petrol tak??

    3. samalaa
      hari tu niat nk beli kasut
      tengok2 tadep yang berkenan plak
      org pon ramai, nak memilih pon cam malas ;p

    4. kai
      betul tu.. boleh buat main race2

      mohd kamal
      kasut ni guna bateri n remote kontrol… memang laju time jalan…

      sweethoney
      satu lagi, rasa nak marah jer.. bila duk bersesak2 time nak beli.. menyampahh tul..

    5. Pergh kalo dpt kasut raya camtu, laju je la berjalan, org belakang kene tinggal ler..

    6. kalau nak senang dan x sesak2 kan,
      elok la beli kasut untuk stok 2 thn akan dtg..x yah susah2 nak beli2 lagi..
      hehe..

      pergh..
      comeynye la kasut biru tu..
      suke3..

      nak bagi kat makwe la..
      tp mesti mahal kan..
      eh..klu gune bateri dan remote kontrol, murah je la kan..
      leh beli lapanblas ketui..
      hahahaha

    7. wah…rambang mata eh nengok kasut2 yg banyak….

      gambar kasut tu…ermm…memang susah nak dapat kasut tu nih…

      thanks for sharing the tips….🙂

    8. paling leceh bila jumpa kasut yang berkenan di hati tapi tade saiz..hampehs jer ;p

    9. june
      yerr memang sah kena tinggal… emm nasib la..

      ezo
      tak leh la pulak, kalu dah beli tak sempat nak simpan.. kaki gatal jer nak pakai..
      hehehee.. buat lawak lak
      macam kaki lipan pulak, pakai banyak kasut.

      reina.yumi
      betul tu.. dah tak tahu yang mana satu.. konfius tul..

      ungku nor
      memang sangat frust… rasa macam nak ketuk kepala tokey kedai…

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: