Catatan semalam

Semalam tak dapat nak post entri dan baca blog kengkawan… abang TMnut buat hal lagi… waktu pagi, dia ada… bila petang, dia dah tak ada, macam biskut chipsmore pulak! Malam pun, dia tak ada… hampeh betul. Terbantut segala aktiviti nak berinternet… memang frust…

So hari ni aku nak citer sikit aktiviti semalam…. sebenar nyer tak pi mana-mana pun… duk kat umah jer.. Selepas selesai segala kerja umah…. aku dah menghadap tv, layan citer katoon sambil baring… sampai pukul 11 pagi… masih jugak katoon… letih nak tengok… Akhir nyer aku layan citer Hellboy II The Golden Army…baru best.. segar sikit bijik mata aku… baru rasa ada mood..

Tapi lepas zohor, aku dah duk berguling-guling atas katil…… mana tak nyer … sakit perut yang amat… tak tahu apa silap nyer…. lepas tut tut, baru rasa okey sikit tapi badan letih semacam jer… jadi aku pun membuta sampai ke waktu asar, bila bangun baru rasa sihat sikit… mood nak berinternet pun datang, tapi hampehhh…

Petang tak buat apa… jadi aku pun menawarkan khidmat untuk memasak tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa.. nak tunjuk bagus la jugak… sekali sekala apa salah nyer kalu aku yang buat semua keja tu…

Menu masakkan adalah seperti berikut:

Masak kari ayam… menggunakan kepakaran secara agak-agak, mana boleh rasa… aku tak reti nak rasa hujung lidah.. nantikan satu sudu pulak yang aku rasa .. hasil nyer kari ni terlebih rasa manis.. macam cik mek kelate pulak yang masak! Tapi takpa.. habis licin..

Lepas tu masak sayur campur pulak, banyak senang.. campak-campak saja dalam kuali.. nak menaikkan rasa… aku letak serbuk maggi ayam.. sedapkann… sah licinnn sampai menjilat pinggan.

Kemudian goreng ayam pulak.. memang feveret aku.. suka makan kepak dan betis ayam.. memang cuk dari awal lagi.. Time goreng pakai perisal, takut terpercik minyak.. kang terkena muka.. habis la, muka nak raya…

Akhir nyer salad .. memang wajib ada.. makanan untuk kesihatan dan awek muda… walaupun kenyataan nyer aku masih muda lagi.. ada kaitan kerr..

Ini jer menu semalam… selalu nyer memang tak masak banyak jenis lauk .. takut tak habis dan terbuang pulak.. Lagi pun malam nanti nak keluar makan kat luar pulak… jadi tak perlulah banyak! Kan Nini kan kan kan..

Yang mangkuk nyer, Abang Tmnut masih lagi ZZZZZZZZ… giloss.. menyusahkan.. hampehhh @@#$#%###^^%^%#@2*&6%%$#@$$##@%&^^&&&(**()()*%%#@#

7 Responses to “Catatan semalam”

  1. hui mak aiiiihhhh..
    laukmu..
    akak pun serender..ehehehe

  2. ungku nor
    haa.. tu la.. pasal..
    chef wan pun serender gak..

  3. betol ke masak?? gambo mcm amik kt kedai mamak blakag umah jer!!

  4. mohd kamal
    betul la.. tu.. kalu kedai mamak masak macam tu.. alamat dier tutup kedai..

  5. uiii
    sedapnya kari ayam
    pandai masak kari ayam, tabik😀 [sbb sy x pandai masak..hihi]

    ulam2an tu penting..sedap tu
    suka jantung pisang..sedappnyaa

  6. cite hellboy the golden army memang best gile kan..
    syok je tengok..

    kari ayam terlebih manis?
    mesti ada kes lori gula terbabas ni..
    heheh..

    er..betis ayam dengan peha ayam sama kah?
    sangat menggoda itu ayam goreng..
    😀

  7. sweethoney
    boleh le.. main campak.. macam main masak2..
    betul tu ulam2 kampung memang best..

    ezo
    haaaa betul gak… ayam mana ada isi kat betis… paha la tu.. aka drumstick..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: