Tag dari June

Dapat tag dari June…


7 fakta mengenai diri aku…


1. Aku sangat suka kucing.. memang sayang giler kat haiwan ni.. memang tangkap cium muah muah muahhh.. Banyak kucing datang kat umah aku, sebab aku selalu letak makanan kat belakang umah. Kalau makan kat kedai, aku mesti bungkus tulang untuk kucing kat umah.. mesti mintak beg plastik nak isi tulang.. . sapa yang keluar makan ngan aku mesti malu!


Sangat comel kann??

2. Aku paling fobia dengan serangga.. belalang, lipas, mentadak dan sebagai nyer yang seangkatan…. Pernah kak ngah usik aku ngan belalang, masa tu aku duk kat kerusi.. akibat nyer aku terlentang, kerusi pulak duk atas aku… sakit dah tak rasa… takut nyer macam nak mampus… seharian aku tak cakap ngan kak ngah , merajuk tarik muka muncung memanjang…. Kemudian pasal lipas terbang pulak… masa tu duk kat sofa ngan kak ngah, tiba-tiba lipas tu terbang menuju kearah aku.. aku memang gelabah giler.. terus melompat, bukan atas sofa tapi atas kak ngah… habis la kena pijak ngan aku… kali ni kak ngah pulak yang menanggis… tarik muka… baru kira seri!

Tak nak letak photo, geli giler, rasa nak muntah..


3. Aku jenis tak makan banyak… tapi aku makan kerap.. Kalu dah makan nasik, tak payah ofer aku lain-lain pencuci mulut, sedap macam mana pun mesti aku tak makan.. memang tak berdaya.. dan aku jenis yang makan lambat.. kalu makan kat kedai, aku yang terakhir sudah.. tapi aku rasa macam makan cepat…

4. Aku mudah terpengaruh ngan iklan syampoo dan pencuci muka… kalu keluar iklan baru mesti nak beli… selalu bertukar syampoo kalu jenama kat tv tu semua aku dah try… memang aku tak leh setia ngan satu jenama syampoo….masih mencari…pencuci muka aku dah slowdown, dah dapat yang aku suka… padahal aku tak ada sebarang masalah rambut atau kulit muka… masalah gatal nak beli.. Oleh sebab tu, aku selalu kena berleter ngan ayah…


5. Aku seorang yang penakut. tak akan tengok citer hantu kalu duk sorang-sorang… paling tak suka citer yang ada binatang alien makhluk asing… kalu dah tengok, lepas tu mesti duk teringat, nak-nak waktu malam bila dah tutup lampu, gelap gelita… nak kedapur pun aku dah tak berani.. padahal dalam umah sendiri!

6. Aku jenis yang gatal tangan… suka menempek tag, tak kira apa-apa tag.. mesti ada kat merata tempat… jadi nak elak tabiat buruk ni, aku telah diberi ruang khas untuk melepaskan gian menempek.. dan hasil nyer adalah…


7. Aku suka mengumpul benda… benda yang tak berbaloi kalu kumpul.. macam tag roti, dah satu botol nescafe aku kumpul… semua jenis sudu kecik macam sudu KFC, sudu susu, sudu maggi cup, sudu yogurt, sudu jeli dan segala sudu.. dah berbalang-balang aku kumpul.. selalu kena berleter… buat semak umah..

Banyakkan kan kan

Habis la sudah 7 fakta mengenai aku… la ni kena tag 7 member pulak… jadi aku nak tag mereka mereka ini..

1. Putrie Mie
2. Ezo
3. Yumi
4. Yati
5. Izza
6. Izz
6. Myzatulhanim

The rules:

* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog .


12 Responses to “Tag dari June”

  1. thanx da wat tag. ihihi..bape usia tag roti yg petama ko simpan? agak-2 kalo tukar ngan kilang roti tu bape buku dia bagi erh?๐Ÿ˜›

  2. june
    nak tergelak pulak!
    Baru kumpul jer ni.. tahun 2003
    Sikit jer.. beli roti kadang2 jer.. kadang2 tak sempat nak simpan, dah kena buang.
    kalu tokey roti mau kan best…

  3. mesti kes berkenan kt benggali roti.. (x dpt abeng Gali.. dpt tag roti pun jadi la)

  4. hahahha.. tag roti Tesco, Giant or Jesco tak dak ka?

  5. mohd kamal
    wehhh tak patut ni.. org minat ngan omputih la..

    syam
    tak de la pulak, roti semua mai dari mamak shop

  6. hihihi
    kumpul tag roti
    pestaim dgr๐Ÿ˜€

    yg part tempek2 tu sama la
    jenis gatal tangan
    ade ape sme nak ditempek
    bersepah2 kat dinding
    seb bek dinding bilik sendiri๐Ÿ˜€

  7. wah..
    pencinta kucing ek..
    juga pembenci lipas..
    sam la kite..
    boleh geng ni..
    ๐Ÿ˜€

    bestnye hobi kumpul tag roti dengan sudu tu..
    nanti anak cucu cicit mesti bangga dengan pencapaian neneknya yang gigih ni..
    hehe..

  8. mira pun suka kucing jugak!kat umah ade 8 ekor!huahua.

  9. sweethoney
    haaa.. tu la pasal.. special betul sy ni..
    tempek menempek tu memang best..

    ezo
    emm betul tu.. boleh jadi geng… tapi kalu lipas ngap atas awak/saya sapa nak buang..
    masalah nyer, tak sempat nak sampai time anak cicit… dah reput.. hilang ges..

    mira zain
    mak aii.. ramai nyer… mesti kecoh..

  10. giler pelik pengumpulan bahan-bahan awak..hahahaha

  11. kalau lipas nak landing atas kepala, kite kena la lari pecut secara berduet dengan segera..
    hehe..

  12. ungku nor
    terkezut noo… memang pelik…

    ezo
    hahahaaa… ni kelakar.. memang kelakar.. kalu selalu kena landing… letih lol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: