Tag dari Ezo

Menjawab tag dari Ezo…


15 fakta mengenai diri aku..

1. Aku suka makan ayam goreng… bahagian paling best, drumstick… satu bonus kalu dapat makan ayam goreng KFC.. tapi aku tak suka kalau KFC yang terlebih masin.. rasa nak marah.. tak larat nak telan.. mesti kena komplain… selalu oder set yang 2 ketul original.


2. Antara minuman sejuk ngan panas… aku lebih suka pilih minuman panas.. terutama nyer yang melibatkan aktiviti , tarik-menarik… Jugak tak suka kalu terlalu manis.. rasa macam nak mati.. mesti mintak cover ngan air suam.. buncit la jugak nak menghabiskan nyer..

3. Kalu tidur malam.. aku tak suka keadaan yang gelap gulita… mesti kena ada cahaya yang samar-samar, supaya aku tahu kat mana pintu keluar…. kalau tak, nanti tengah malam aku terjaga dan akan rasa blank… panik, tak tahu mana pintu..

4. Mengalami masalah nak membuang hajat besar, kalau bertukar tempat.. selain rumah sendiri.. 3 hari jugak memendam hajat… kemuadian baru okey.. segala hajat dapat dilunaskan..
5. Antara handbag dengan kasut… aku suka kasut.. mata mula ligat kalau lalu depan kedai kasut.. macam nak beli semua nyer… Tapi hakikat nyer aku hanya ada 2 pasang kasut saja… baguskan…
6. Aku suka masuk Gurdian dan Watson… suka jamu mata.. banyak benda yang menarik perhatian kat situ… beli sikit.. tapi lama melanggut kat dalam tu…

7. Kalau nak tahu… aku tak pernah beli majalah hiburan macam URTV, Media, Mangga dan entah hapa-hapa… tak berminat nak tahu pasal artis malaysia… tapi kalu benda tu ada depan mata dan free.. apa salah nyer capai dan membelek.. tengok gambar saja!

8. Aku suka cite animasi.. tak kira 2D atau 3D.. semua aku tengok… berulang kali pulak… paling aku kagum, adalah hasil karya pengarah Hayao Miyazaki.. antara yang dah aku tengok adalah My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away, Howl’s Moving Castle… hasil animasi yang sungguh detail…

Photo dari abang Gogel

9. Aku jenis berdarah gemuruh… cepat terkejut.. tapi kurang melatah.. kalau melatah pun. oo mak kau!


10.
Mempunyai suara yang tak lantang.. kalau dalam keadaan ramai orang.. suara ku mesti tenggelam… percakapan yang kurang jelas dengan erti kata lain.. aku ni tidak petah berkata-kata…

11. Yang paling aku lemah… tak sanggup bertentang mata ngan orang.. walaupun aku tidak melakukan apa-apa kesalahan.. ini kerana perasan segan menebal semacam jer.. cepat cuak.. jangan ada orang gertak aku.. nanti awan mendung datang dan hujan pun turun…

12. Aku tak berani bawak motor.. tapi aku ada lesen motor.. diperoleh secara sah.. tiada sebarang sogokan…

13. Aku tak tahu berenang… kalau jatuh parit dalam.. grenti mati lemas..

14. Aku jugak ada sikap hangat-hangat tahi ayam mungkin kerna makan terlampau banyak ayam..

15. Aku suka lip gloss atau lipstik warna pink..

Bapak la banyak nak kena senarai.. penat perut aku duk pikir… maka aku mengambil keputusan, tak nak tag sesiapa… nak-nak dibulan puasa ni.. letih perut masing-masing nak jawab… baik kan aku ni… ucap la tima kasih kat aku ni.. sebab tak tag sesiapa pun.. uwweekkk..

5 Responses to “Tag dari Ezo”

  1. waaarrgghhh…mekasih la tak tag akak!!!

    koser nak memenatkan perot dok pikir suma mende tu..hehehehe

  2. tengkiu la… yg kt bawah tu pun blom buat lagik.

  3. terima kasih..
    hehe..

    syabas2..

    memang penat nak pikir 15 benda tu..
    sapa la yang cipta tag ni..
    sadis sungguh..

  4. Huhuhu.. den pun minat kfc🙂 salam perkenalan dari den. Ado maso ziarah la blog den yo🙂 Selamat berpuaso

  5. ungku nor
    haha.. dah agak dah.. ni mesti tarikk napas lega..

    mohd kamal
    dah tahu dah… TSS ni banyak busy..

    ezo
    apa2 pun kiter dah berjaya… kan ezo kan..

    ghimau
    salam perkenalan jugak.. okey.. buleh jugak tumpang baca… dan selamat berpuasa jugak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: