Pagi tadi.. aku bangun dalam keadaan yang lesu… letih .. mengantuk… mungkin kesan dari selsema aku yang belum betul-betul pulih… (alasan paling baik untuk pengidap penyakit
M_ _ _ S)…
Dengan langkah yang longlai… aku mencapai tuala… dan terus ke bilik air… mata masih lagi separa tertutup…. terus aku meraba-raba mencari berus gigi… lalu memicit sedikit ubat gigi…
Tanpa mempedulikan mata yang galak mengantuk… tangan aku giat memberus gigi…. perasaan aku… entah dimana… yang pasti bukan disitu…
Dalam aku giat memberus gigi… aku merasakan kelainan pada ubat gigi itu… tiada rasa pudina… rasa sedikit pahit… buih yang agak lain macam sikit… dan wanggiiiiiiiiiiiiiii….
Terus bijik mata aku rasa segar… dan baru aku sedar… menghupa-ghupa nyer… aku dah tersilap ambik daaaa…. tadi aku pi picit pencuci muka…. yang kebetulan pulak ada dekat ngan ubat gigi… ni kes tersilap raba… jenuh mencuci.. banyak buih buih buih…
Dengan eksiden itu… aku agak terlewat hari ini….
Bergegas turun kebawah untuk bersarapan…. ngan keadaan mulut yang entah ke hapa rasanya… membuatkan aku tidak berselera untuk menjamah bihun goreng yang sudah terhidang…. walaupun mengoda separuh hati…
Aku hanya meneguk secawan nescafe ngan beberapa keping biskut…. untuk mengembalikan suasana yang normal dalam mulut aku…
Dua peket IKO yang kaya dengan bijrin dan serat… dapat merendahkan kolestrol dalam badan…jugak baik untuk sistem pelawasan…
Sekeping chipsmore… sedikit rasa coklat untuk memanggil mood ceria….
Dan sekeping tiger… untuk jadi sekuat harimau ngaunggg…
P/S
Untuk sesiapa yang ingin menghilangkan ngantuk ketika bangun pagi… sila amalkan petua ini… gunalah pencuci muka sebagai ganti ubat gigi…. pasti mata akan terus segar… aku dah cuba… terbukti berkesan!