Eksiden pagi

Pagi tadi.. aku bangun dalam keadaan yang lesu… letih .. mengantuk… mungkin kesan dari selsema aku yang belum betul-betul pulih… (alasan paling baik untuk pengidap penyakit
M_ _ _ S)…

Dengan langkah yang longlai… aku mencapai tuala… dan terus ke bilik air… mata masih lagi separa tertutup…. terus aku meraba-raba mencari berus gigi… lalu memicit sedikit ubat gigi…

Tanpa mempedulikan mata yang galak mengantuk… tangan aku giat memberus gigi…. perasaan aku… entah dimana… yang pasti bukan disitu…

Dalam aku giat memberus gigi… aku merasakan kelainan pada ubat gigi itu… tiada rasa pudina… rasa sedikit pahit… buih yang agak lain macam sikit… dan wanggiiiiiiiiiiiiiii….

Terus bijik mata aku rasa segar… dan baru aku sedar… menghupa-ghupa nyer… aku dah tersilap ambik daaaa…. tadi aku pi picit pencuci muka…. yang kebetulan pulak ada dekat ngan ubat gigi… ni kes tersilap raba… jenuh mencuci.. banyak buih buih buih…

Dengan eksiden itu… aku agak terlewat hari ini….

Bergegas turun kebawah untuk bersarapan…. ngan keadaan mulut yang entah ke hapa rasanya… membuatkan aku tidak berselera untuk menjamah bihun goreng yang sudah terhidang…. walaupun mengoda separuh hati…

Aku hanya meneguk secawan nescafe ngan beberapa keping biskut…. untuk mengembalikan suasana yang normal dalam mulut aku…

Dua peket IKO yang kaya dengan bijrin dan serat… dapat merendahkan kolestrol dalam badan…jugak baik untuk sistem pelawasan…


Sekeping chipsmore… sedikit rasa coklat untuk memanggil mood ceria….

Dan sekeping tiger… untuk jadi sekuat harimau ngaunggg…

P/S
Untuk sesiapa yang ingin menghilangkan ngantuk ketika bangun pagi… sila amalkan petua ini… gunalah pencuci muka sebagai ganti ubat gigi…. pasti mata akan terus segar… aku dah cuba… terbukti berkesan!

10 Responses to “Eksiden pagi”

  1. Ungku Nor Says:

    waaa..tiger peanut tu..akak ske..akak skeee!!!

  2. sebek bukan ubt gigi yg jadik facial cleanser..
    ekekekeke..

  3. aduh sis ngantuk betul sampai salah capai, hehehe ….

  4. myzatulHanim Says:

    hehehe!
    lawak btol..
    anim pon pnh gak nyaris2 nk jd mcm eida..
    kes ngntok sgt..
    tp seb baik tsedar..
    huhu..:)

  5. Mohd Kamal Says:

    haha.. lawak btoi!! nasib baik aku ni jenis suka basuh muka dulu sebelum berus gigi. baru segar skit mata.

    p/s: bkn merajuk la…

  6. itu idea yang baik. kena cipta tuh, multi purpose cleaser

  7. leh mangaum yeh mkn biskut tiger tuh! hahaha

    petua yg baek di pagi hari tuh!hehehe…

  8. ishh ishhh ishhh…anak sapa la nih😀

  9. Eida,
    hehe. tu la adake berjalan mata masih lagi tertutup. saya tak boleh nak bayangkan eida berjalan cam tu. Dan tak boleh nak bayangkan wanginya rasa pencuci muka tu? hehe

  10. RieNa.YuMi Says:

    aper daaa beb…. mamai betul…seb baek facial wash..kalau buat nyer bende lain…tak ke haru…heheheh

    kate dah terlambat…bekfast sempat layan snap gambar tuh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: