Bila slurpp.. aku teringat!

Posted in Uncategorized on December 16, 2008 by eidaedey
Ketika melangkah masuk ke 7E…
Terpandang akan mesin slurpee itu..
Lama tidak slurppp…
Teringat masa matrik..
Inilah minuman petang kami..
Selepas penat belajar…
Kami akan ke 7E… 
Beli setiap perisa yang ada…
Bersama dengan sebuku roti cheese..
Lalu dibawa balik kebilik…
Maka di slurpp beramai-ramai…
Sampai ada yang hampir terkena…
Penyakit SOB aka Sindrom Otak Beku..

Tapi hari ni..
Aku slurpp, sorang-sorang..
Agak-agaknya.. dimana korang semua..
Masih ingat akan slurpee?

Lambat lawan cepat!

Posted in Uncategorized on December 13, 2008 by eidaedey
Bila makan kat kedai melayu atau medan makan..
Mesti layanan dier lembab…
Bukan nak harap layanan first class…
Cukup sekadar… ” cik nak oder apa?”..
Ni mangkuk… langsung buat der… macam tak nampak…
Allooo… kalau nak berniaga.. kenalah ramah…
Bak kata BOB “Mesraaaa”…

Kesenggalan itu terbukti…
Masa nak oder makan satay…
kat medan depan masjid Ujang Bagong…
lima minit buntut melekat di kerusi…
Masih tak datang tanya nak oder apa?…
Sebaliknya.. pelanggan pulak kena pekik panggil…
Dikkk.. nak oder satay la…
(Bahasa masih jaga… walaupun hati dah bengkak)

Kalau ikut hati.. memang nak cau jerr..
Tapi mengenangkan … kempunan minah sorang ni…
Sabar jer lah…

Sebenarnya.. aku tak la suka makan kat situ…
Kotor la tempat tu…
Kalau bernasib baik .. boleh nampak tikus kat longkang tu..
Nak-nak kat tempat dier orang basuh pinggan…
Tapi kalau difikirkan…
mana ada medan makan yang bersih..
Semuanya nampak kotor..
Hitam berdaki..
Bersawang..

Ni makan satay jer tau…
Mencekik nak mampus..
Budak ambik oder air tak datang pun!
Penat panggil jer..

Tapi nasib baik satay dier sedap…
Lebih sedap dari satay Haji samuri…
Gambar satay yang marbeles.. tak snap..
Sebab.. hati tengah bengkak…
Tekak pulak rasa tercekik!

Masa balik… terpaksa singgah minum kat kedai mamak..
Yang mamak ni pulak.. cepat nak mampos..
Tak sempat buntut aku nak landing atas kerusi…
Dah sibuk tanya oder… ayoyooo..
Semua mau cepat…
Kira pun mau cepat…
Last-last.. ada hati nak cas lebih…
Buat-buat tersilap kira…
Alloooo… i pergi sekolah tau…
Setakat matematik… tambah tolak ni…
Tak yah la nak kelentong..


Time ni aku tengah laju menyedut…
Dahaga gila…

Eee.. apa ni?

Posted in Uncategorized on December 13, 2008 by eidaedey
Eeee.. menyampah…
Apa hang dah buat ni…
Lepas makan..” tertinggal “
Kat tepi laptop ni…
Lepas tu..
semut pun datang…
Beribu-ribu lemon..
Nanti kang.. di usungnya.. laptop ni..
Sapa nak jawab..
Tak berblog la aku..
Uwaaa..
Hampeh tul hang ni…
Malas sangat…
Ketuk tangan baru tau..
Ini adalah sesi berleter…
Ada kepatut…
Lepas makan epel..
Di tinggalkan sisa kat laptop..
Mau aku meletop!

OOoo.. Bubuk!

Posted in Uncategorized on December 13, 2008 by eidaedey
Aku hairan tul laaa…
Apasal bubuk aka kutu beras..
Selalu ada kat dalam beras..
Pada hal… bekas kedap udara .. tertutup rapat..
Jadik kok mana dia masuk…
Atau dah memang dalam beras tu ada telur bubuk..
Logik ka?
Heran herannn..
Minggu pertama dan kedua.. okey lagik..
Masuk minggu ketiga.. dah nampak itam-itam..
Bubuk la tu..
Ada petua.. kalau nak ilang bubuk..
Letak cili kering dalam beras…
Nanti bubuk larik..
Aku dah try…
Tak jadik pun…
Makin meriah ada!
Macm mana bubuk ni.. boleh ada?
Jelmaan jin ka?
Keh keh keh.. lawak la pulak!
Masih heran ni!
Ini beras baru.. jadik bubuknya belum ada..
nanti 2 minggu lagik.. ada la tu..
eee.. nyampah!

Makeup Murahan!

Posted in Uncategorized on December 12, 2008 by eidaedey
Masa kat Giant..
Ternampak benda alah ni..
Makeup murahan.. tak da jenama.. hantam-hantam saja..
Yang berharga 30 801.41 Rupiah..
Motif beli.. adalah bertujuan untuk suka- suka..
Main-main makeup…
Conteng muka sendiri…
Dah bosan muka sendiri..
Boleh aku try kat muka orang lain..
Tu pun..kalau ada yang sudi..
Habis susah sangat..
Aku conteng jer kat muka kucing aku!
Yang pengilat kuku tu..
Sah..aku buat conteng kat buku…
Gilo apo.. nak pakai..
Nanti kang… Tak pasal-pasal..
Jari aku kena ketuk!
So jangan cari pasal lol!
Pikir-pikir.. boleh buat melukis…
Okey apa..
Hahaha.. memang dah tak da kejo!

Hello world!

Posted in Uncategorized on December 12, 2008 by eidaedey

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

SOGO Nganga…waaa..

Posted in Uncategorized on December 12, 2008 by eidaedey
Minggu lepas… time cuti raya aji…
Aku mengambil kesempatan untuk ke SOGO…
Kalau hari biasa…. bapak la jam giler jalan KL tu…
Nak dapat parking pun susah.. kirim salam jer!
Silap haribulan..boleh tersodom buntut kete orang..
Al maklum la… aku tak berapa terer sangat nak drive…
Time sesak-sesak tu… hiii.. kacau jiwa!
Kalau nak naik komuter/bas.. lagik malasss…
Susah beb…. susah! MENYAMPAH!

Kira lama dah, aku tak ke KL…
Setahun lebih gak…
Paling hampir pun.. sampai kat Greenwood jer!
GOMBAK daaaa….
Huuu…. buat apa nak susah-susah pi KL..
Kat Putrajaya yang marbeles ni pun, belum abih jalan..

Niat pi SOGO, bukan nak shopping..
Saja, nak tengok suasana jer..
Jadi aku tak bawak duit banyak… 100 ingit jer dalam dompet..
Duit aku yang berkepuk-kepuk… bergundi tu..
aku tinggal bawah katil jer..(hahaha…cam sial jer)
Kad utang pun aku tinggal!
So.. nak sopping apa.. ngan sekeping tu…

Jadi aku duk ngangga tengok orang giat bersopping…
Memang time ni… SOGO tengah sales!
Lepas dah letih… aku pun pergi laa makan kat foodcort atas tu!

Bahagian yang paling ramai manusia bersopping..
Tentu la.. kasut dan beg tangan.. tengah sales giler…
Fuh ramai giler kaum hawa kat situ…
Hehehe.. aku duk tengok dari atas jer..
Seram tengok… bersemangat habis diaorang..
siap berebut-rebut lagik…




Mata kucing

Posted in Uncategorized on December 5, 2008 by eidaedey
Mata kucing.. sangat cantik!
Renungan tajam yang menawan..
Memikat hati..
Terasa ingin membelainya!
Musuhnya juga rasa gementar..
Setiap kali memandang renungannya..
Berdebar hati..
Maka terus berlalu…
Wanita bermata kucing..
Nampak sangat seksi..
Seperti Cleopatra..
Maka menjadi rebutan…
Buah mata kucing…
Bagi aku… 
Lagi mengoda..
Sangat manis..
Rasa sekali…
Mesti nak lagi..

Mata korang?
Laaa… mesti korang menyesal baca entri karut ni..
Keh keh keh…
Saja nak update kan blog ni…
Nak berjiwang.. aku memang tak pandai.. 
Rasa macam zaman itu sudah berlalu..
Kalau nak ilmiah… OOOHHH…sudah tentu bukan disini tempatnya! 
Kamu sudah tersilap!

Ole la ole

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by eidaedey
Terima Kasih!

YaNg ini datangnya dari…

dan yang ini dari Liya…

Tag dari Aju

Posted in Uncategorized on November 30, 2008 by eidaedey
1.The person who last tag u is…
A beautiful Queen Aju
2. 5 Impression of her…
Cantik
Senyuman manis
Ramah dlm berblog
Ibu penyayang
Isteri Penyayang
3. Your Relation with her…
Member blog
4. The most memorable things she had done for you…
“Muka nampak suci” waaaaaaaa
5. The most memorable things she had say to you…..
Setiap komen
6. If she become your lover, you will…
Tidak… sama jantina..
7. If she become your lover, thing she had to improve will be……
Tidakkk
8. If she become your enemies, you will…
TAK MUNGKIN!
9. If she becomes your enemies, maybe because of…
Tiada sebab untuk jadi musuh!
10. The most desired thing you want to do for him/her now is:…
Bahagia selamanya disamping keluarga tercinta!
11. Your overall impression of him/her is:…
Seorang wanita, isteri dan ibu yang penyayang! 
12. How you think people around you will feel about you?:…
EnTah!
13. The characters you love of yourself are:
Entah!
14. On the contrary, the characters you hate yourself are:…
Moody
15. The most ideal person you want to be is:…
Diri aku!
16. For people that care and like you, say something to them:…
Terima kasih kerana sudi menjadi member blog dan di atas segala komen-komen yang telah diberi!
17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you :
Tiada sorang pun yang hendak aku tag… dengan ini soalan 18 hingga 42… tidakboleh diguna pakai… hehehe… bijak kan aku ni!